

PENGENALAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING KERJAYA
kaunseling kerjaya - salah satu perkhidmatan yang diberikan oleh kaunselor dalam program bimbingan dan pendidikan kerjaya yang dibina untuk menyediakan pelajar membuat pilihan kerjaya Bimbingan kerjaya - Bimbingan kerjaya lebih bersifat pemberian maklumat tentang kerjaya
Definisi Kerjaya
Kerjaya merupakan pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang dalam kehidupan seharian mereka, mereka bekerja untuk mendapatkan wangyang digunakan sebagai punca pendapatan untuk memenuhi keperluan harian dan mendapatkan kesempurnaan hidup. Selain itu kerjaya boleh dinyatakan dalam pelbagai bentuk sama ada dari segi bidang tugas, tempat, masa dan identiti. Menurut tokoh: 1. Kerjaya merujuk kepada aktiviti dan kedudukan yang meliputi pekerjaan dan tugas serta mempunyai perhubungan sepanjang kehidupan(ZUNKER,2006) 2. Kerjaya merupakan satu pekerjaan yang perlu diwujudkan dalam kehidupan seseorang (OMAR AWANG,2008) 3. kerjaya adalah sebagai satu perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan yang dijadikan bidang profesion atau pekerjaan pilihan sebagai satu cara mencari nafkah (KAMUS DEWAN BAHASA) 4. mendefinisikan kerjaya sebagai satu rangkaian pekerjaan yang melibatkan diri seseorang individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya sementara individu yang lain mungkin akan bertukar-tukar pekerjaan (TOLBERT, 1994)

Jenis-jenis pekerjaan
